new
old
Guestbook (join da geng)
TIPS PERJALANAN JAUH
Project

Takkan Melayu Hilang Di Dunia
monitor PC untuk di jual

kengkawan

mesra.net | melayu.com | MalaysianBikers (web moto terunggul) | friendster | virtualfriends.net | laili | esah | latifah | zidxr

Games (layan boring dulu)

nyannyi same-2(song)
Where is the love
I DON'T WANT TO MISS A THING
email pada ku
design
diaryland


profile
my art galery
my album 1
and
my album 2
foto web
GUESTBOOK forum

Juru foto/
Perkhidmatan Gambar

blok..pop UP
reviews
linkers

online users


pls visit my photo blog update at
http://tirmidzi.fotopages.com
» I am a 27 yr old
laydee living in the KL. I am also the nice laydee who has created this template for you he he he. Im working at KL U ask me later ok… staying with family and all my brother and sister hire. »loves: All things, Kinder Eggs, doing naughty things, riding, clothes, cute accessories, photographer, designer and having a job. »hates: Liars, thieves, being poor, not being able to shop :o(

tinggalkan pesanan anda dalam ni ;p testimonial kee.. sebagai contoh “tarmizi adalah mamat yang hensem dimuke bumi ini dan dia juga baik hati”

Written on 2004-03-26 at 5:45 p.m.
Melayu


for nu update pls visit my photo blog

teringat waktu mude dulu


Balai warisan
Dalam senarai Balai Warisan ini ialah nama-nama orang Melayu yang terkenal semenjak pencapaian kemerdekaan negara. Wira- wira bangsa dan negara ini dipilih atas ketrampilan mereka dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Penulisan mengenai beberapa orang kenamaan yang tersenarai mungkin agak ringkas kerana kesuntukan maklumat pada ketika ini. Dan ingin mohon maaf atas kekurangan ini.
Mari lah bersama-sama merenung seketika.... Menyelam sambil munum air... aku masukkan sekali untuk tatapan korang,... Mungkin ada orang sebelum aku buat macam ni tentang tokoh-tokoh soo kalau dah ada ..
Negarawan dan Pembina Negara
DATO' ONN JAAFAR. Pemimpin orang Melayu yang menolak pe- nubuhan Malayan Union. Beliau telah mempelopori penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 dan menjadi presidennya yang pertama. Beliau juga telah menerajui the Independence of Malaya Party pada tahun 1951, dan Parti Negara tiga tahun kemudiannya. Seorang patriot berkaliber tinggi, beliau dianggap oleh ahli politik terkenal, D.R. Seenivasagam, sebagai pengasas Malaya moden yang tidak dapat dinafikan lagi serta pemimpin yang mewujudkan kesedaran politik di kalangan rakyat Malaya.
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ. Dilantik sebagai presiden UMNO pada tahun 1951. Pada tahun 1956, beliau selaku Ketua Menteri Malaya telah memimpin rombongan ke London untuk merundingkan kemerdekaan negara dengan kerajaan Brit- ish. Perundingan ini telah berakhir dengan persetujuan bahawa tarikh kemerdekaan Malaya ditetapkan tidak lewat daripada 31 Ogos 1957 dan Malaya akan dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu. Sudah semestinya gelaran Bapa Kemerdekaan tepat sekali bagi memperingati beliau.
TAN SRI FATIMAH HASHIM. Ketua Kaum Ibu sejak tahun 1956 dan telah menganggotai Parlimen selama 14 tahun. Beliau juga merupakan menteri kabinet wanita yang pertama. Terkenal seba- gai pejuang isu tuntutan gaji serata bagi mereka yang bertugas dalam perkhidmatan kerajaan. Perjuangan ini telah berjaya dilak- sanakan pada tahun 1971.
TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN. Berasal dari Pekan Pahang, be- liau telah mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu dan kemudiannya diterima masuk oleh Maktab Melayu Kuala Kangsar. Beliau lulus daripada Raffles College pada tahun 1940. Pada tahun 1947, beliau melanjutkan pelajaran di Lincoln's Inn, United Kingdom sebagai seorang Queen's Scholar. Sejurus selepas tamatnya pengajian, beliau memasuki perkhidmatan awam. Pada tahun 1955, beliau menceburkan diri dalam lapangan politik. Satu daripada sumbangan agung beliau ialah penghasilan Laporan Razak 1956 yang pada suatu ketika dahulu merupakan asas sistem pelajaran nasional. Pada tahun 1970, beliau telah menggantikan Tunku Abdul Rahman sebagi Perdana Menteri Malaysia. Dikenali sebagai Bapa Pembangunan, jasa dan sumbangan beliau dalam rancangan pembangunan luar bandar dan pelancaran Dasar Eko- nomi Baru (DEB) tetap dikenang.
TUN DR. ISMAIL ABDUL RAHMAN. Pejuang, pembela, pemimpin dan diplomat luar biasa. Kewibawaan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri amat terserlah, khususnya sejurus selepas peristiwa mengejut 13 Mei 1969. Menjadi Timbalan PerdanaMen- teri semasa pentadbiran Tun Abdul Razak.
TUN HUSSEIN ONN. Daripada golongan bangsawan Johor. Mendapat pelajaran awal di English College Johor Bahru. Semasa periode pendudukan Jepun, beliau ditempatkan di Military Acad- emy Dehra Dun, India dan telah berkhidmat di Egypt, Syria, Palestin, Persia dan Iraq. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau me- masuki perkhidmatan awam negeri dan menceburkan diri dalam lapangan politik. Beliau kemudiannya menuntut ilmu undang- undang di England dan telah menjadi seorang pengamal undang- undang selepas tamatnya pengajian. Beliau pernah, antara lain, di- lantik sebagai Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri. Beliau menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia sepening- galan Tun Abdul Razak pada tahun 1976.
DATO' SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD. Dilahirkan di Alor Setar, beliau mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu dan di Maktab Sultan Abdul Hamid (di mana bapanya telah me- megang jawatan sebagai pengetua yang pertama). Pada tahun 1947, beliau melanjutkan pelajaran ke King Edward VII College of Medicine di Singapura, dan seterusnya di Universiti Malaya di sana juga. Beliau kemudiannya telah melibatkan diri dalam lapan- gan politik dan berjaya memenangi kerusi parlimen pada tahun 1964. Walaupun beliau kehilangan kerusi yang sama pada pilihan- raya berikutnya, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Hussein Onn pada tahun 1976. Pada tahun 1981, beliau menerajui pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri Malaysia. Periode kepimpinan beliau adalah panjang tetapi begitu penuh peristiwa dan terserlah sekali. Beliau digelar Bapa Pembangunan Teknologi atas perjuangannya yang tak kenal lelah untuk memartabatkan Malaysia ke arah Wawasan 2020.
Aktivis Politik
DATUK ABDULLAH SANI RAJA KECIL (lebih terkenal dengan nama DATUK AHMAD BOESTAMAM). Seorang wartawan, penyajak dan penulis novel yang telah sekian lama berkecimpung dalam arena politik. Cenderung kepada corak politik sosialis dan dianggap sebagai seorang nasionalis Melayu. Semasa dalam tahan- an, beliau telah menulis empat buah novel.
DATUK NIK AZIZ NIK MAT (TOK GURU NIK AZIZ). Seorang tokoh Islam yang berpolitik di bawah panji-panji PAS. Beliau sudah menerajui kerajaan negeri Kelantan selama dua penggal, dengan mendapat mandat yang lebih memerangsangkan pada kali kedua.
DATIN SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL. Presiden Parti Keadilan, yang telah bertanding merebut kerusi parlimen Per- matang Pauh pada pilihanraya umum 1999. Mendapat kemenang- an baik walaupun baru sahaja menceburkan diri secara langsung dalam politik. Wanita pertama menyandang jawatan ketua parti pembangkang.
Pendidik
AMINUDDIN BAKI. Ketua Penasihat Pelajaran yang penuh dedi- kasi terhadap perjuangan orang Melayu dalam bidang pendidikan. Beliau langsung tidak mengenal penat lelah mendorong masyarakat Melayu bergerak aktif mempertingkatkan tahap pen- capaian dalam pelajaran. Terkenal dengan siaran Gerakan Obor beliau melalui rangkaian udara.
PUAN SRI PROFESOR DR. FATIMAH HAMIDON. Pakar pendidikan yang terkenal di peringkat antarabangsa. Beliau telah berkempen selama tiga dekad untuk menanamkan kesedaran pada ibu bapa yang bekerja supaya prihatin tentang aspek penjagaan dan pemeliharaan anak-anak mereka, di samping memper- juangkan isu-isu mengenai pendidikan wanita sejagat dan keamanan melalui pendidikan.
PROFESOR DR. NIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIM. Beliau telah memperjuangkan kegunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan rakyat dalam konteks pembangunan negara. Pada ta- hun 1989, beliau menjadi wanita pertama yang memegang jawatan timbalan ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Be- liau juga merupakan dekan wanita pertama di Fakulti Sastera, Universiti Malaya. Pernah menyandang jawatan presiden Per- tubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi).
TAN SRI DATO' DR. AWANG HAD SALLEH. Tokoh kebangsaan yang terulung dalam bidang pendidikan. Amat disegani dan banyak menyumbangkan pandangannya yang bernilai mengenai isu-isu semasa dalam bidang pendidikan. Beliau dianggap sebagai satu-satunya pendidik klasik yang boleh dijadikan teladan kepada yang lain.
TAN SRI DR. WAN ZAHID MOHD. NOORDIN. Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, yang menjadi Pengerusi Yayasan Guru- Guru Malaysia Berhad. Beliau ialah pengasas cadangan untuk menjadikan pendidikan agama sebagai teras sistem pendidikan negara bagi tujuan pembentukan sahsiah yang sempurna dari sudut intelektual, rohaniah dan fizikal.
Peguam dan Sarjana
RAJA AZLAN SHAH (sekarang SULTAN AZLAN SHAH. SUL- TAN PERAK). Merupakan hakim mahkamah tinggi yang termuda dalam Komanwel pada tahun 1965 ketika berumur 37 tahun. Menjadi Ketua Hakim Negara pada umur 54.
TAN SRI PROFESOR AHMAD MOHAMED IBRAHIM. Cen- dekiawan dan ilmuwan yang terulung dalam bidang perundangan. Sebagai pelajar di Cambridge University, prestasinya amat terser- lah. Pernah menjadi Dekan Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya dan juga Universiti Islam Antarabangsa. Ketrampilan dan sumbangan beliau dalam perkembangan undang-undang Islam di Malaysia begitu besar hinggakan beliau diberi penghormatan se- bagai Tokoh Ma'al Hijrah bagi tahun 1988.
TAN SRI ISMAIL KHAN IBRAHIM KHAN. Hakim Mahkamah Tinggi Melayu yang pertama pada tahun 1958. Lulusan undang- undang dari University College, London dan Bar-at-Law dari Mid- dle Temple. Menjadi Hakim Besar Borneo (1969) dan Yang di Per- tua, Dewan Negara, hingga tahun 1986.
TUN MOHAMED SUFFIAN HASHIM. Pada tahun 1961, beliau menjadi rakyat Malaysia pertama yang dilantik sebagai peguam- cara negara (solicitor-general). Beliau dianugerahkan dengan The Ramon Magsaysay Award pada tahun 1965. Kecemerlangan beliau dalam perkhidmatan kehakiman telah membawa kerjayanya ke mercu kejayaan, iaitu sebagai Ketua Hakim Negara.
DATUK SITI NORMA YAAKOB. Peguam wanita Melayu pertama di dalam perkhidmatan perundangan. Beliau dilantik sebagai hakim persekutuan pada tahun 1983 dan merupakan wanita per- tama yang mencapai tahap itu di Malaysia.
TAN SRI ABU TALIB OTHMAN. Peguam Negara Malaysia yang paling terkemuka. Beliau telah menangani dan memenangi banyak kes yang penting bagi Kerajaan semasa dalam perkhid- matan beliau yang begitu cemerlang.
MAH HASSAN OMAR. Graduan fakulti undang-undang Univer- siti Malaya ini telah mencipta sejarah apabila berjaya menjadi peguam bertauliah tanpa penglihatan yang pertama di dalam negara dan di rantau Asean pada tahun 1989. Beliau menganggap kejayaannya sebagai hasil ketekunannya dan dorongan serta sokongan keluarganya yang miskin di Besut.
USTAZ UTHMAN EL-MUHAMMADY. Sarjana Islam dan Fellow Kehormat IKIM, yang menjanakan konsep pembentukan sebuah negara Islam sunni untuk mencapai tahap pembangunan negara yang syumul.
Pekerja Sosial
TUNKU PUAN BESAR KURSHIAH. Begitu terkenal dengan perkhidmatannya yang cemerlang dalam bidang kebajikan masyarakat dan kerja amal. Bergerak cergas dalam usaha peningkatan martabat wanita Melayu, khususnya melalui Lem- baga Kebajikan Wanita Islam Malaysia.
TAN SRI HAJAH ZAINUN SULAIMAN. (lebih terkenal dengan nama IBU ZAIN). Wanita pertama yang gigih membuka jalan ke arah perjuangan mempertingkatkan taraf wanita ke tahap kebe- basan dan pembangunan melalui proses pendidikan. Beliau juga kuat menentang perkahwinan peringkat kanak-kanak dan poli- gami.
TOH PUAN HAJAH SAADIAH SARDON. Presiden Pan Pacific & Southeast Asia Women's Association yang memperjuangkan keamanan sejagat melalui persefahaman dan persahabatan. Pe- menang Tokoh Wanita 1998 Johor.
TAN SRI MOHAMED KHIR JOHARI (PAK KHIR). Beliau banyak menyumbangkan tenaga dan berjasa kepada kegiatan amal serta usaha pemeliharaan alam melalui World Wildlife Founda- tion.
Personaliti Penggerak Ekonomi
TUN DAIM ZAINUDDIN. Disanjung oleh majalah terkemuka Fi- nance Asia sebagai salah seorang 'Asia's Financiers of the Century'. Beliau dianggap ramai sebagai pemimpin yang bertanggungjawab membantu memulihkan ekonomi negara pada waktu kemelesetan ekonomi pada pertengahan tahun 80-an dan juga pada lewat ta- hun 90-an semasa mata wang Malaysia diserang oleh penyangak asing.
Personaliti Berkaliber Dalam Perkhidmaran Awam
RAJA TUN MOHAR BADIOZAMAN. Bekas pegawai tertinggi kerajaan yang berwibawa dan disegani. Pernah memegang jawatan Penasihat Ekonomi Kerajaan Malaysia. Sehingga sekarang, jasa- jasa beliau masih dikenangi dalam sektor korporat yang berada di bawah naungan kerajaan.
PROFESOR DI RAJA UNGKU ABDUL AZIZ (PAK UNGKU). Bekas Naib Canselor Universiti Malaya serta pakar ekonomi yang terkenal dan dihormati ramai. Salah seorang cendekiawan terke- muka di negara ini yang diberi penghormatan dengan anugerah Tokoh Ma'al Hijrah. Terkenal dengan penyelidikannya dalam bi- dang ekonomi desa. Tokoh yang memperolehi ijazah kedoktoran- nya dari sebuah universiti Timur Jauh ternama, Waseda Univer- sity.
TUN ISMAIL MOHAMED ALI. Seorang Queen's Scholar lulusan Cambridge University dalam bidang ekonomi. Beliau merupakan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia yang berwibawa dan berhe- mah tinggi. Dalam bidang korporat, seperti di Sime Darby Berhad dan di PNB, beliau juga amat dihormati dan disegani.
TUN MOHAMED SALLEH ISMAIL. Ketua Polis Negara yang pertama (1962-73) dengan personaliti dan keupayaan yang amat terserlah. Terkenal kepada masyarakat umum dengan konsep Salleh 'beat-base'nya.
RAJA TAN SRI MUHAMMAD ALIAS RAJA MUHAMMAD ALI. Pengerusi Felda yang penuh dedikasi dan komitmen terhadap misi Felda untuk memberi tanah kepada yang tidak bertanah. Pe- menang Ramon Magsaysay Award 1980. Sekarang, beliau masih menerajui pucuk pimpinan Felda dan syarikat-syarikatnya yang terpaksa berhadapan dengan cabaran baru, iaitu persaingan sengit dengan sektor korporat disebabkan tanah sudah menjadi sumber yang begitu kekurangan.
TAN SRI DATO' SERI AHMAD SARJI ABDUL HAMID. Salah seorang Ketua Setiausaha Negara yang paling berkesan melak- sanakan tugasnya. Berwibawa, bertawaduk dan berkebolehan tinggi, keberkesanan beliau adalah hasil daripada pengalaman yang luas sama ada di peringkat negara, negeri mahupun daerah. Sebagai pengerusi IKIM dan PNB, perkhidmatan beliau nyata terserlah.
TAN SRI DR. OTHMAN YEOP ABDULLAH. Pengerusi eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (Multimedia Develop- ment Corporation) yang bertanggungjawab ke atas pembangunan strategik Koridor Raya Multimedia dalam bidang teknologi tinggi. Memandangkan Malaysia sedang berada di ambang '[i]k[/i] -economi', peranan beliau sebagai kuasa penggerak ke arah kecemerlangan dalam bidang ini adalah kritikal. Tambahan pula, syarikat-syarikat yang melabur dalam MSC mempunyai pengharapan yang amat tinggi. Pengalaman beliau yang luas dalam perkhidmatan kerajaan dan bidang akademik pasti akan meningkatkan lagi nilai sumban- gan beliau kepada perkembangan teknologi tinggi negara.
TAN SRI HAJI BASIR ISMAIL. Bekas pemimpin Perbadanan Ke- majuan Ekonomi Johor dan tokoh korporat yang telah diberi tugas untuk menganjurkan lumba kereta Grand Prix Formula One di Sepang pada tahun 1999-natijahnya pengiktirafan dan penganugerahan yang paling memberangsangkan oleh pengerusi Formula One Management (FOM), yang menyatakan bahawa pengendalian lumba kereta Fl oleh Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) adalah yang terbaik sekali pada musim itu. Jelaslah bahawa Formula One di Sepang sudah mencapai taraf dunia, walaupun itu merupakan kali pertama perlumbaan tersebut dian- jurkan di Malaysia.
TAN SRI JEN.(B) MOHAMED HASHIM ALI. Sebagai pengerusi jawatankuasa yang menganjurkan Sukan Komanwel 1998 di Ma- laysia, beliau telah membuktikan keupayaannya untuk menJadi- kan sukan itu terbaik yang pernah diadakan setakat ini. Dengan pencapaian yang gemilang ini, kini Malaysia mampu menganjur sukan-sukan yang besar seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik.
DATUK SHAHRUM YUB. Bekas pengarah inovatif Muzium Negara. Di bawah pengurusan beliau, Muzium Negara telah ber- jaya memikat hati 26 juta pelawat yang dapat menyaksikan ber- aneka macam pertunjukan, pameran dan lain-lain lagi. Beliau diberi pengiktirafan dengan anugerah Ramon Magsaysay Award.
DATUK ZAKIAH HANUM ABDUL MAJID. Pemenang Ramon Magsaysay Award pada tahun 1989 yang telah mentadbir Arkib Negara dengan cukup teratur sehingga meletakkan institusi itu ke tahap yang paling profesional dan termaju di Asia Tenggara.
DATUK ZAINI OMAR. Ketua Pengarah JKR yang masih berkhid- mat. Sebelum ini, beliau mendapat kepujian kerana kecermelan- gan pentadbirannya dalam Jabatan Penerbangan Awam (Depart- ment of Civil Aviation), yang pada masa lampau telah mengalami banyak peristiwa yang menjejaskan imejnya. Beliau merupakan satu model yang boleh dicontohi oleh pegawai-pegawai kerajaan.
Saintis
PROFESOR DATUK DR. MAZLAN OTHMAN. Wanita Malaysia pertama yang melakukan pengkhususan dalam bidang astrofizik yang melibatkan kajian ke atas keadaan kimia dan fizik bintang di angkasa lepas. Beliau pernah menjadi ketua pengarah Planetarium Negara, sebelum diberi penghormatan tinggi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah melantik beliau sebagai wanita pertama menyandang jawatan tertinggi di U.N. Office for Outer Space Affairs — sekaligus menjadikan beliau seorang saintis dan diplomat pada masa yang sama.
Penulis dan Dunia Penulisan
TAN SRI ZAINAL ABIDIN AHMAD (PENDITA ZA'ABA). Sar- jana dalam ilmu agama, Bahasa Melayu dan sastera. Beliau banyak memberi pesanan dan dorongan kepada orang Melayu supaya bertekad meninggikan martabat agama, bangsa dan negara. Beliau merupakan pelajar Melayu pertama di Negeri Sembilan yang lulus peperiksaan Senior Cambridge. Pada tahun 1953, ketika Za'aba berumur 58 tahun, beliau berjaya memperolehi ijazah B.A.(Hons.) dari Universiti Malaya di Singapura.
ASRAF ABDUL WAHAB (PAK ASRAF). Pengarang, penyunting, penterjemah, ahli bahasa dan sasterawan Melayu moden yang ter- bilang. Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganugerahkan ijazah kehormat M.A. kepada beliau pada tahun 1983.
DATUK DR. ISHAK HAJI MOHAMED (lebih terkenal dengan nama gelarannya PAK SAKO). Penulis nasionalis yang telah menerima anugerah Sasterawan Rakyat.
KAMALUDIN MUHAMMAD (KERIS MAS). Pemenang Anugerah Sasterawan Nasional 1981 atas sumbangan beliau dalam bidang cerita-cerita pendek bermutu tinggi.
USMAN AWANG. Novelis terkenal dan penyajak agung. Beliau telah diberi pengiktirafan sebagai seorang daripada penulis yang terkemuka di rantau Asean dengan penganugerahan SEA Write Award pada tahun 1982.
A. SAMAD AHMAD. Penyusun Sejarah Melayu dan pengarang banyak buah buku termasuklah Sejarah Kesusateraan Melayu 1,2,3 (1958), Tak Melayu Hilang di Dunia (1960), Singapura diLanggar Todak (1963), Laksamana Tun Tuah (1969), dan yang paling dikenangi, Batu Belah Batu Bertangkup (1937). Sebagai seorang nasionalis, Samad Ahmad pernah dipenjarakan oleh kuasa British dan rakan sebilik penjaranya ialah Ahmad Boestamam. Beliau ter- masuk dalam golongan wira yang yakin bahawa status Bahasa Melayu akan menentukan naik-turunnya bangsa Melayu di dalam negara ini. Beliau juga giat berusaha menegakkan peranan Bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini.
TAN SRI A. SAMAD ISMAIL. Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times yang amat berpengaruh. Pengetahuan beliau yang mendalam tentang jaguh-jaguh politik seperti Tun Abdul Razak, Lee Kuan Yew, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn telah membolehkan beliau menulis dengan begitu tajam sekali mengenai peristiwa-peristiwa selepas merdeka.
TAN SRI MELAN ABDULLAH (PAK MELAN). [i]Haa ni jiran aku Boleh diakatana dekat laa tapi sayang sewaktu pemergian beliau aku tiada di KL dan berita tu pun aku tau bila sampai KL. Pada hari hari raya beliau pernah berkata di surau “ramai orang-orang besar yang menjemputnya datang kerumah dan solat bersama dekat masjid besar dekat sana tu,” Dia berkata selali lagi selepas berhenti seketika “saya ada terfikir, jika saya mati, bukan mereka yang nak tanam jenazah saya, tapi orang kampung ni”. Beliau banyak bagi semagat dan dorongan mahupun bentuk kewangan pada penduduk-penduduk terutama di tempat aku duduk seka- rang supaya orang melayu maju dan terus pandang kedepan [/i]Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan ini merupakan tokoh wartawan yang dihormati kerana sumbangan besar beliau dalam dunia kewartawanan Melayu. Beliau dianggap sebagai ejen reformasi aliran kewartawanan Melayu pada awal era kemerdekaan. Apabila ditanya mengenai pesanannya kepada wartawan hari ini, beliau berkata, "Kalau hendak tulis berita, ambil kira kepentingan berita untuk negara, jangan tulis berita panas tetapi boleh rnerosakkan negara." Tan Sri Melan Abdullah diberi penghormatan dengan anugerah Tokoh Wartawan Negara.
ADIBAH AMIN. Pengarang, pengulas dan penterjemah popular. Antara novel-novel yang dihasilkan oleh beliau termasuklah Gadis Sipu, Puteri Asli (1949), Bangsawan Tulen (1950), Seroja Masih di Kolam (1968), Garam Gula Duka Bahagia (1980) dan Tempat Jauh Lagi diKenang (1983). Penterjemahan novel Shanon Ahmad yang beliau usahakan, iaitu No Harvest buta Thorn (1981), telah mem- bolehkan beliau mendapat pengiktirafan di peringkat antara- bangsa.
MAHSURI S.N. Karya beliau sudah mula diterbitkan tatkala be- liau baharu berumur 17 tahun. Walaupun sudah berumur 71 sekarang, beliau masih lagi belum berhenti menulis. Dalam koleksi esei terakhir beliau berjudul, Kreativiti dan Kemanusiaan dalam Kesusasteraan, beliau telah menunjukkan komitmen yang berterusan sebagai penyair/penyajak terkemuka.
ZAIN AZAHARI ZAINAL ABIDIN. Seorang peguam yang men- jadi penasihat peribadi profesional kepada Oxford University Press (OUP) di Malaysia semenjak tahun 1958. Beliau telah mem- bantu menubuhkan pejabat pertama OUP di Malaysia dan mem- buat pemantauan segala perubahan yang berlaku padanya. Beliau menjadi pengerusi penerbit Fajar Bakti pada tahun 1986. Pada 31 Julai 1999, beliau telah diberi penghormatan istimewa oleh Ox- ford University dengan penganugerahan ijazah M.A. kehormatdi majlis konvokasinya.
Diplomat
TAN SRI MOHD. RAZALI ISMAIL. Presiden Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke 51. Beliau adalah dip- lomat yang amat disegani dan sekarang merupakan penasihat kepada Perdana Menteri Malaysia. Pada awal tahun 2000, beliau dilantik sebagai duta khas Setiausaha-Agung PBB, Kofi Annan, ke Myanmar untuk menyiasat hak asasi manusia.
TAN SRI DATO' SERI ZAIN AZRAAI ZAINAL ABIDIN. Pada suatu ketika dahulu, beliau merupakan Wakil Tetap Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu di New York yang amat disegani.
TAN SRI MUHAMMAD GHAZALI SHAFIE. Begitu terserlah dalam hal-ehwal luar negeri semasa beliau menyandang portfolio Menteri Luar Negeri. Pengaruh beliau di rantau Asean diakui ramai.
Pengamal Perubatan
DATUK SERI DR. MEGAT KHAS MEGAT OMAR. Doktor Melayu pertama yang diterima menjadi ahli London's Royal Col- lege of Physicians. Beliau telah berkhidmat selama 25 tahun dalam perkhidmatan kesihatan dan perubatan Malaysia.
DR. LATIFAH B GHOWS. Beliau memperolehi MBBS dari Uni- versity of Hong Kong pada tahun 1942 semasa peperangan sedang berlaku. Merupakan doktor wanita Islam yang pertama.
DATUK PADUKA DR. SALMA ISMAIL. Doktor wanita Melayu pertama yang mendapat kelulusan MBBS dari University of Singa- pore pada tahun 1949. Beliau pernah menyandang jawatan presi- den Selangor & Federal Territory Medical Practitioners' Associa- tion dan presiden Pan Pacific Southeast Asia Women's Associa- tion.
DATO' DR. YAHYA AWANG. Ketua jabatan dan perunding kanan pembedahan 'cardio-thoracic' di Institut Jantung Negara.
Arkitek
DATUK DR. HAJI BAHARUDDIN ABU KASSIM. Arkitek ber- taraf antarabangsa yang terlibat dalam merekabentuk dua masjid terkemuka, iaitu Masjid Negara dan Masjid Negeri Shah Alam.
ENCIK HIJJAS KASTURI. Arkitek bertaraf antarabangsa yang teriibat dalam merekabentuk beberapa bangunan yang tersergam indah di Kuala Lumpur, seperti Bangunan Tabung Haji, Menara Shahzan, Apera ULT, Menara Maybank dan Lot 10.
Juruukur
DATO' ABD. RAHIM RAHMAN. Pengerusi eksekutif Rahim & Co., doyen golongan penilai harta and perunding hartanah. Beliau memiliki rangkaian pejabat di peringkat antarabangsa.
Jurutera
TENGKU DATUK DR. MOHD. AZZMAN SHARIFFADEEN. Presiden dan ketua eksekutif Mimos serta jurutera mikro-elek- tronik yang berkaliber. Boleh dijadikan teladan bagi mereka yang bercita-cita menceburkan diri dalam bidang teknologi tinggi kom- puter.
Wira
JEN. (B) TAN SRI MOHD. GHAZALI MOHD. SETH. Panglima angkatan tentera yang bertanggungjawab merencanakan strategi perang bagi menentang pengganas komunis semasa periode Darurat. Beliau adalah satu-satunya pegawai tentera yang dilatih di Sandhurst, England.
JEN. (B) TAN SRI DATO' WIRA BORHAN AHMAD. Askar yang profesional dan gagah berani. Beliau telah bertugas di Congo di bawah panji-pairji Bangsa-Bangsa Bersatu walaupun pada peringkat awal perkhidmatannya.
JEN. (B) TAN SRI ABOO SAMAH ABOO BAKAR. egawai ten- tera Malaysia pertama yang telah diberi penghormatan mengetuai pasukan penyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di So- malia.
Pengurus Kosmopolitan (Global)
DATUK MEGAT ZAHARUDDIN MEGAT MOHD. NOR. Pengu- rus Malaysia pertama yang dilantik oleh syarikat global Shell un- tuk berkhidmat sebagai ketua eksekutif yang bertanggungjawab ke atas operasi di Timur Tengah, Asia Selatan dan Asia Tengah ter- masuk Russia. Kenaikan pangkat daripada jawatan terdahulu, iaitu ketua eksekutif Shell Malaysia. memang merupakan penghor- matan yang amat tinggi kepada beliau dan Malaysia.
PUAN RAFIAH SALIM. Pernah menyandang jawatan sebagai dekan fakulti undang-undang Universiti Malaya serta pegawai terkanan Maybank dan Bank Negara. Setelah itu, beliau dilantik sebagai penolong Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York dan bertanggungjawab dalam pengurusan hal-ehwal sumber manusia. Ini merupakan satu penghormatan yang amat membanggakan.
Usahawan Terpuji
TAN SRI SHAMSUDDIN ABDUL KADIR. Pengerusi kumpulan Sapura yang merupakan salah seorang tokoh korporat yang tidak banyak terjejas ekoran serangan ke atas ringgit Malaysia pada per- tengahan tahun 1997. Boleh dianggap sebagai tokoh korporat yang berjaya memberi penekanan terhadap aspek-aspek rohaniah (agama), pemodenan dan keusahawanan dalam kehidupannya.
TAN SRI YAHAYA AHMAD. Bekas pengerusi eksekutif DRB-Hi- com. Inovatif, berani dan berwawasan dalam pengurusan seluruh entiti korporatnya.
TAN SRI WAN AZMI WAN HAMZAH. Bekas akauntan yang kini merupakan ahli perniagaan korporat yang berjaya. Mengawal Land & General Berhad dan merupakan pemegang syer terbesar Bell & Order Berhad serta Amway. Telah dilaporkan bahawa beliau memegang 40% modal saham dalam konsortium yang me- menangi tender Skim Bekalan Air Sungai Selangor (Fasa 3), iaitu sebuah projek yang bernilai RM2 bilion.
TAN SRI MOHD. TAJUDIN RAMLI. Pengerusi Sistem Penerbang- an Malaysia (MAS), TRI dan Celcom. Seorang ahli peniaga yang bijak dan cekal, beliau juga merupakan presiden Dewan Pernia- gaan Melayu Nasional.
DATUK MUHAMMAD ALI HASHIM. Ketua eksekutif Johor Corporation (JCorp), iaitu perbadanan negeri yang paling berjaya sekali j'ika dibandingkan dengan perbadanan kemajuan ekonomi di lain-lain negeri. Beliau mengurus berdasarkan prinsip mawad- dah-wa-rahmah (kasih sayang dan belas kasihan) terhadap kebaji- kan pekerja-pekerj'a JCorp. Baru-baru ini, beliau mengumumkan bahawa 25% daripada saham-saham 66 syarikat JCorp akan dijual kepada pekerja-pekerja yang berbakat menjadi usahawan baru. Tujuannya ialah untuk mewujudkan segolongan usahawan baru di kalangan pengusaha muda Melayu.
DATO' MOHD. RADZI ABDUL MANAN. Pengerusi Le Proton, iaitu syarikat penganjur pertunjukkan tahunan LIMA di Langkawi yang telah mendapat perhatian dunia.
Pengembara
ZAINI SHARANI. Semasa berumur 28 tahun, beliau telah men- daki Gunung Everest sehingga ke tahap 24,200 kaki tanpa me- makai tanki oksigen. Sesungguhnya, tanki oksigen biasanya diper- lukan apabila seseorang itu mencecah ketinggian 18,000 kaki. Be- liau terpaksa melepaskan peluang untuk mendaki ke kem tertinggi pada tahap 26,000 kaki kerana kekurangan sumber kewangan un- tuk membiayai alat pendakian yang lebih canggih.
DATUK AZHAR MANSOR. Pelayar pertama di dunia yang mengelilingi bumi dengan menggunakan laluan timur-barat pada tahun 1999 tanpa bantuan kuasa enjin. Semasa pelayaran, tiang kapal layar beliau, iaitu Jalur Gemilang, patah tiga kerat! Walau ba- gaimanapun, beliau berjaya dalam melaksanakan misinya juga. Sekarang beliau menjadi idola dan penggerak utama kepada anak- anak muda Malaysia mencapai cita-cita mereka.
MUHAMMAD AMIR HAMZAH. Berumur 10 tahun, Muham- mad merupakan anggota pasukan payung terjun beriringan yang termuda sekali di Malaysia. Muhammad telah terjun dengan ban- tuan Kapt. (B) Sazali di padang kapal terbang RMAF, Sungai Besi pada 19 Mac 2000 untuk membolehkan namanya dicatatkan ke dalam Malaysian Book ofRecords.
Jaguh Sukan
MOKHTAR DAHARI. Salah seorang pemain bola sepak terke- muka Malaysia yang telah berjaya merembat 125 gol dalam per- lawanan peringkat antarabangsa. Antara babak-babak yang menarik dalam riwayat Allahyarham termasuklah rembatan dua gol dalam permainan di mana pasukan pilihan Malaysia menen- tang pasukan Arsenal yang membuat lawatan ke Malaysia
MIRNAWAN NAWAWI. Kapten pasukan hoki Malaysia ke Sukan Olimpik di Sydney. Digelar The Boss' oleh rakan-rakan sepasukannya, beliau pernah dipilih untuk bermain dengan pasukan World XI menentang Holland, iaitu juara World Cup 1999. Sebelum ini, beliau telah mewakili Malaysia sebanyak dua kali di Sukan Olimpik, tiga kali di Sukan Asia dan merupakan kap- ten pasukan yang memenangi pingat perak di Sukan Komanwel 1998. Beliau telah bermain dalam pasukan kebangsaan hoki Ma- laysia lebih daripada 260 kali - suatu rekod yang sukar ditandingi.
SHALIN ZULKIFLI. Juara sukan acara boling bertaraf dunia. Telah mewakili negara dalam banyak acara peringkat antara- bangsa dengan mendapat kemenangan cemerlang.
FAIZNUR MISKIN. Ahli pasukan gimnastik berirama yang telah memenangi lima pingat emas di Sukan SEA 1989.
Seniman
TAN SRI P. RAMLEE. Seniman agung yang popular sepanjang zaman. Sama ada dalam bidang seni lakon, muzik mahupun drama, Allahyarham begitu terserlah dengan mesejnya mengenai keadilan, kebenaran, patriotisme, ketaatan dan ketaqwaan.
SUDIRMAN HAJI ARSHAD. Peguam yang gemar menyanyi. An- tara pencapaian beliau yang tertinggi ialah kejuaraan di Salem Music Awards Festival yang berlangsung di Royal Albert Hall Lon- don, di mana beliau telah mendendangkan nyanyian berjudul One Thousand Million Smiles.
DATO' RAHIM RAZALI. Seniman virtuoso yang terserlah dalam, antara lain, arena lakonan, drama, perfileman dan pengulasan acara sukan.
DATIN AZANIN EZANE DATUK AHMAD. Pencipta tarian drama yang berteraskan legenda Melayu klasik. Pada tahun 1998, beliau telah diundang oleh World of Music, Arts and Dance (Womad) untuk membawa tarian Melayu ke pentas dunia— persembahan beliau di Sepanyol itu telah mendapat sambutan yang amat membanggakan. RAIHAN. Kumpulan nasyid popular di dalam mahupun di luar negara. Mengikut laporan, kumpulan ini pernah diundang oleh Prince Charles untuk membuat pementasan di United Kingdorn.
Chef
CHEF RADZUAWAN (lebih dikenali di media sebagai CHEF WAN). Beliau ialah seorang akauntan yang telah mengalihkan fokusnya kepada bidang masakan tempatan dan selera antara- bangsa. Chef Wan merupakan pengarang beberapa buah buku resipi suka-ramai, termasuklah Hidangan Kegemaran Chef Wan dan Simply Sedap! di mana beratus-ratus resipi telah dike- mukakan.
Bagi mereka-mereka yang rasakan maklumat ni kurang tepat.. aku mintak maaf lee..
Tujuan saya memaparkan maklumat ringkas mengenai sumbangan orang-orang kenamaan ini adalah untuk memerangsangkan orang Melayu ke arah kecemerlangan.
Rujukan Takkan Melayu hilang di dunia Ismail Noor Muhammad Azaham
haaa sekarang korang nak jadi apa pulak? Yang mana satu idola anda.? Selain Nabi Muhammad S.A.W. sapa lagi? Haruskah tokoh-tokoh melayu yang tersenarai diatas hanya banyak ini sahaja?
Apa sumbangan kita pada bangsa dan agama? Apakah kita masih lalai atau diawangan? Mana tokoh-tokoh baru?... Hampir separuh tokoh-tokoh dalam senarai dah tua dan ada tu sudah meninggal dunia.
Emmmm mungkin terlalu ramai kot sampai kita sendiri pun tak kenal..
“aku berkata dalam diri aku sendiri”

before | and | after

last reset since 09/04/2007 4:53
Hakcipta Terpelihara @ Tarmizi bin Abu Bakar 2004
" Sesiapa yang mengutuk, merosakkan dan meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "
..